Selasa, 8 Oktober 2013

Aktiviti-aktiviti harian orang Sebob



1) Menangkap ikan dengan pukat dan pancing

Memasang pukat adalah salah satu aktivit harian yang wajib dilakukan oleh para penduduk.Tanpa pukat,maka tidak berasaplah dapur.Hal ini demikian kerana hasil tangkapan seperti ikan adalah sumber utama makanan penduduk di kampung.Ikan-ikan yang biasanya yang dipukat ialah ikan ‘palau’,’kacong’,’mekik’,’ayat’ dan lain-lain.Selain itu,memancing juga adalah aktiviti yang biasa dibuat untuk mencari ikan.Kebiasaannya,ikan-ikan akan dipancing dengan menggunakan cacing tanah.Yang uniknya,cacing di kampung sangat sihat dan boleh mencapai saiz jari kelingking.Ikan-kan yang selalu menjadi tumpuan ialah aneng(baong kuning),kaloi, dan kelamuk(baong hitam).Namun begitu,’Unyuk’(belut air tawar) memang tidak akan terlepas sekiranya memancing menggunakan cacing sebagai umpan.Sekiranya hasil tangkapan cukup banyak,sebahagian akan dijual untuk mencari sedikit wang untuk pada masa akan datang.Maklumlah,kalau di kampung peti sejuk memang tidak ada dan juga bekalan elektrik yang tidak menentu.Cara lain untuk menyimpan ikan adalah dengan membuat kasam ikan.

2) Memburu

Memburu adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan walaupun meletihkan.Di kampung,penduduk akan masuk ke hutan dengan bertemankan selaras senapang dengan beberapa butir peluru.Tetapi cara ini bergantung kepada nasib dan kadang-kadang hanya pulang dengan tangan kosong.Antara binatang yang menjadi buruan adalah babi,rusa,monyet,burung dan binatang yang bersaiz besar yang lain.Bagi tidak membazir peluru,hanya binatang yang tertentu sahaja yang akan ditembak.Sekarang,harga sebutir peluru agak mahal dan mencecah belasan ringgit.Selain itu,amalan memburu dengan anjing adalah salah satu cara yang sangat mencabar.Anjing-anjing turut memburu dengan mengesan binatang-binatang yang ada di hutan tebal.Dengan deria bau yang kuat,anjing boleh mengesan binatang sejauh beberapa ratus kilometer.Di samping itu,anjing juga boleh membunuh terus binatang-binatang kecil seperti pelanduk dengan menggigit binatang tersebut sehingga mati. Alat yang biasa digunakan semasa memburu menggunakan anjing ialah tombak atau dalam Sebob dikenali sebagai ‘atap’.Cara ini lebih tradisional dan menjimatkan kos kerana tidak memerlukan peluru mahupun senapang.

3)Mencari hasil hutan

Sumber hutan amatlah penting bagi penduduk di kampung.Hal ini demikian kerana penduduk kampung boleh mendapatkan hasil hutan sebagai sumber makanan mereka tanpa mengeluarkan wang ringgit untuk mendapatkannya.Di kampung,sikap kerajinan amatlah penting untuk diamalkan.Terdapat pelbagai jenis hasil hutan boleh dimakan seperti daun ubi,umbut hutan,cap pait (umbut pahit),cam(rebung),cabung (sejenis daun) dan juga paku pakis atau lebih dikenali sebagai midin oleh orang di kota.Sekiranya hasil hutan yang dicari banyak,ia nya boleh dijual di kampung bersebelahan untuk mendapatkan duit.Dengan duit tersebut,penduduk boleh membeli keperluan asas yang lain seperti garam,gula dan minyak masak.


Tiga aktiviti di atas adalah aktiviti yang lazimnya dibuat oleh orang Sebob di kampung.Walaupun kehidupan di kampung serba kekurangan,penduduk tetap hidup dalam keadaan tenang dan harmoni..sekian... :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan