Pantang larang Sebob yang kedua kembali lagi dengan kisah-kisah yang menarik.Kaum Sebob mempunyai pantang larangnya sendiri sama ada untuk memberi teguran atau menghindari daripada kejadian yang tidak diingini.Saya percaya kaum-kaum yang lain mempunyai pantang larang mereka sendiri.Jum kita selongkor lebih banyak lagi tentang pantang larang yang di amalkan oleh orang-orang Sebob.
1.Jangan bermain sorok-sorok pada waktu malam.
Pantang larang yang ini adalah pantang larang yang amat ditakuti ketika zaman kanak-kanak.Maklumlah permainan ini adalah permainan yang popular masa kanak-kanak sampai ada yang sanggup memanjat ke bumbung rumah untuk bersorok.Kata orang, kalau bermain pada waktu malam adalah si 'hantu' akan turut sama bermain.Selain itu juga,si 'hantu' juga akan tolong sorokkan sehingga tidak dapat dikesan.Hal ini demikian kerana telinga dan mata akan dikaburi oleh si 'hantu'.Setakat ini,belum pernah lagi terjadi kerana tidak pernah main sorok-sorok pada waktu malam.Sejauh mana kebenarannya,tidak ada siapa yang tahu.
2. Kalau berada di hutan,jangan memanggil nama kawan sesuka hati
Semasa memburu kebiasaannya para pemburu menggunakan bunyi sebegini. Dalam Sebob ianya dipanggil ngo'ok.Panggilan nama seseorang tidak boleh dibuat kerana benda lain yang akan menyahut panggilan anda.Itu sahaja yang saya tahu setakat ini.Selain itu,bunyi ini juga turut dibuat semasa memburu menggunakan anjing.Tidak kira sejauh mana anjing itu berada,dia kan dapat mengesan bunyi ini.
3.Jangan kencing atas api a.k.a peruk.
Bak kata orang dulu-dulu kencing di atas api boleh menyebabkan si Anu bengkak..Oleh yang demikian,kalau tidak ada air pun jangan sesekali menggunakan senapang peribadi..haha sejauh mana kebenarannya,boleh buat eksperimen tetapi akibat kena tanggung sendiri.

4.Masa menuba jangan kencing dalam sungai
Kencing semasa menuba boleh meneutralisikan air tuba yang telah mengalir di dalam sungai.Hal ini pernah berlaku dan ternyata ianya benar sekali.Kesan air tuba dikatakan akan berkurangan jika ada sesiapa yang terkencing ke dalam sungai.Untuk kebaikan pada masa akan datang,janganlah menuba..Menjala lagi syiok daripada menuba.

5.Kalau makan nasi,sila licinkan pinggan dan elakkan nasi bertaburan
Kalau orang dulu,amalan ini diamalkan untuk mengelakkan pembaziran.Menurut orang tua,nasi yang bertaburan akan 'menangis' kalau ditinggalkan bertaburan di atas lantai atau di dalam pinggan.Selain itu juga,hal ini juga dikatakan boleh menyebabkan hasil tuaian pada masa akan datang tidak menjadi.Oleh yang demikian,elakkan pembaziran sekiranya ingin terus mendapat tuaian 'umah' yang baik.
6. Jangan bermain di tepi-tepi beranda rumah terutamanya di rumah panjang

Pantang larang ini dibuat untuk mengelakkan anak-anak untuk bermain di tepi beranda rumah terutamanya di rumah panjang.Menurut orang tua,si beranda akan menarik kita ke bawah dan menyebabkan kita terjatuh.Sakit bukan kepalang lagi kalau jatuh di rumah panjang.Pernah merasa juga ketika kecil dan kesan nya memang berbaloi.,haha.Sebenarnya,tujuan pantang larang ini ialah untuk mengelak anak-anak kecil bermain di tempat yang boleh membahayakan diri mereka.
7.Kalau ada kematian,tidak boleh membuat bunyi bising
Semasa ada kematian,keadaan sunyi amat penting sekali untuk menghormati si mati.Semua orang akan berkabung dan elakkan membuat bunyi bising.Kata orang,jika membuat bising akan menyebabkan kita jatuh sakit atau dalam sebob nya 'kemucen'.Kita akan jatuh sakit dan harus membuat satu upacara khas untuk meminta maaf kepada si mati.Cerita ini benar-benar terjadi pada masa dahulu dan pada masa sekarang,masih juga diamalkan.Oleh itu,jangan main semasa ada orang mati dan mainlah puas-puas sebelum itu.
8.Semasa mengandung,si perempuan dilarang untuk makan binatang yang dilarang
Amalan ini diamalkan untuk mengelakkan kecacatan yang berlaku semasa melahirkan anak kelak.Binatang-binatang yang dilarang ialah seperti labi-labi.Hal ini boleh menyebabkan bayi yang akan dilahirkan mengalami kecacatan anggota badan.Menurut orang tua,mereka amatkan tekankan perkara ini agar perkara yang tidak diingini terjadi kepada si bayi kelak.Oleh kepada yang perempuan,janganlah mengidam makanan yang pelik-pelik.hehe
9.Elakkan meludah dan bercakap bau umpan semasa memasang pancing
Meludah dan mengatakan umpan berbau semasa memasang pancing amatlah dititik beratkan sekali oleh si pemancing.Pantang larang ini biasanya diamalkan semasa memasang pancing pada waktu malam. Dengan bertalikan nilon,pancing ini dibuat untuk memancing ikan-ikan besar seperti baong dan tapah.Antara umpan-umpan yang digunakan ialah anak ikan,perut ayam,pekasam dan umpan yang boleh mengeluarkan bau yang hayir untuk menarik perhatian ikan. Kata orang,merungut atau meludah boleh menyebabkan ikan-ikan lari dan tidak berminat dengan pancing yang akan dipasang.Selain itu,labi-labi juga berminat dengan umpan yang berbau seperti sotong. Kalau terlanjur meludah atau bercakap, keesokan hari memang akan tangan kosong.
10.Untuk menjinakkan ayam,cabut sahaja bulu pelepah yang berada di bawah sayapnya
Walaupun agak melucukan, tetapinya adalah salah satu cara yang diamalkan oleh orang dulu-dulu untuk menjinakkan ayam mereka. Semasa kecil-kecil dulu,ayam yang liar dikejar sampai ke dalam hutan. Selepas berjaya ditangkap,bulu pelepah ayam yang ada dibawah kepaknya akan dicabut. Pada pendapat saya,cara ini boleh dikatakan berkesan dan berbaloi.Oleh itu,sesiapa yang ada ayam di rumah sila periksa bulu pelepah ayam anda dan cabut.:D
Setakat ini sahaja pertemuan kali ini untuk edisi pantang larang sebob yang kedua yang saya dapat kongsikan.Ingat,pantang larang ini diamalkan oelh orang-orang dahulu dan ada diantaranya masih lagi diamalkan oleh penduduk di kampung mahupun di kawasan bandar.Sekian terima kasih..:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan