Hello pembaca sekalian..
Sudah agak lama tidak mengupdatekan blog ni...topik kali ini akan menceritakan sorotan Hari Krismas yang disambut oleh orang Sebob pada masa yang lalu.
Krismas 2012
Perayaan yang selalunya disambut oleh orang Sebob ialah Hari Krismas yang akan disambut pada 25 December setiap tahun.Perayaan ini disambut untuk memperingati kelahiran Tuhan Yesus ke dunia dan bukan nya untuk suka-suka.Dahulu dan sekarang cara perayaan ini disambut amat berbeza.Pada masa dahulu,perayaan ini disambut dengan botol cap apek,jin,tuak dan semua minuman keras.Kalau tidak ada benda sebegini,sambutan untuk perayaan boleh dikatakan suram.Maklumlah,kalau tidak 'goyang' semua malu-malu mahu tunjuk belang.Bukan mahu memalukan orang-orang dahulu,tetapi inilah yang berlaku ketika Hari Krismas dirayakan.Kejadian yang tidak harus berlaku ialah apabila orang-orang kampung akan bergaduh sesama sendiri apabila sudah 'meram' a.k.a mabuk.Bila sudah minum,semua benda boleh buat.Mujurlah tidak sampai bunuh membunuh.Cuma 'sparing' macam ahli gusti saja di karangan yang berbatu.Masa kecil pernah berlaku pergaduhan,memang siaran langsung ahli gusti WWE la juga.Bagi anak-anak muda sekarang,belajarlah mengelakkan diri dari menjadi seorang kaki botol.Nanti masa tua-tua,pasti akan menyesal kerana menjadi kaki botol.Bagus simpan duit pakai belanja di masa akan datang.
Kesedaran di kalangan penduduk kampung Long Selapun seharusnya menjadi teladan bagi kampung-kampung yang lain.Bermula pada tahun 2005 mungkin,penduduk kampung tidak lagi menghidangkan 'ba burak' a.k.a tuak untuk pengunjung yang melawat kampung.Kalau dulu,ba burak la yang paling penting untuk menyambut tetamu melainkan kalau ada urusan penting.Nanti kalau bagi ba burak,urusan penting jadi urusan tidak penting.Sekarang,kita minum kupi hitam saja la sudah cukup untuk memulakan perbualan.Tetamu-tetamu yang datang akan dihidangkan dengan makanan yang lebih mengeyangkan.Sehari sebelum hari Krismas,penduduk juga mengadakan aktiviti sukaneka dan permainan untuk memeriahkan lagi suasana.Meskipun bilangan yang tidak banyak,penyertaan anak-anak muda sangat menggalakkan.Antaranya acaranya di pertandingkan ialah merentas kampung(berlari),memancing (paling syiok),menjala (air besar telah dibatalkan)bola tampar dan sepak takraw.Pertandingan ini disertai oleh semua penduduk kampung tidak kira umur sama ada tua ataupun muda. Acara ini juga turut disertai oleh penduduk kampung yang berdekatan seperti Long Puah,Long Pala dan Long Nuah.
Senam robik di awal pagi sebelum acara bermula
Bola tampar antara sukan yang dipertandingkan
Penyokong tegar sukan Kg Long Selapun
Generasi muda memeriahkan suasana di dalam acara sukaneka
Acara merentas kampung
Para peserta bola tampar berjuang walaupun di atas tanah becak
Anak jati Long Selapun-Ambrose
Sepak takraw turut disertai oleh pemain dari kampung-kampung lain
Pada waktu malam,upacara doa akan dijalankan sementara menunggu detik jam dua belas tengah malam.Selain itu,acara penyampaian hadiah juga akan dibuat untuk para pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan.Apabila jam dua belas malam tiba,anak-anak muda akan menyalakan bunga api sebagai tanda tibanya Hari Krismas.Setelah selesai,para penduduk akan berehat dan bersedia untuk menyambut hari Krismas pada keesokan harinya.Pada hari Krismas,penduduk kampung tidak digalakkan untuk menjalankan aktitiviti yang berat seperti memburu,mencari ikan dan sebagainya.Hal ini demikian untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan tanda hormat pada hari kelahiran Tuhan Yesus Kristus.Pada awal pagi,penduduk diwajibkan untuk ke gereja untuk sembahyang bersama-sama di gereja yang baharu sahaja didirikan beberapa tahun yang lalu.Setelah selesai bersembahyang,para penduduk akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendoakan setiap pintu rumah yang ada di kampung.Kunjungan ini bertujuan untuk mendoakan setiap penduduk di kampung agar mereka menjalani kehidupan yang baik dan dilimpahi dengan berkat Tuhan.
Ketua kampung memberi ucapan
Upacara doa malam sebelum Krismas
Makan-makan semasa Hari Krismas
Simbolik sambutan Hari Krismas
Doa dari rumah ke rumah dijalankan
Setelah selesai,para penduduk akan berkumpul bersama-sama untuk menikmati makanan yang telah disediakan secara bergotong-royong.Sekiranya banyak lebihan makanan,penduduk boleh membawa balik makanan untuk makan malam.Pada waktu malam,mesyuarat kampung juga akan dibuat untuk membincangkan isu-isu yang berlaku di dalam kampung.Mesyuarat akan diketuai oleh ketua kampung sendiri.Pada keesokan harinya,penduduk kampung boleh berkunjung ke kampung-kampung lain untuk kunjung mengunjungi dan menikmati pelbagai jenis makanan tradisional.
Begitulah sorotan Hari Krismas yang disambut di Kampung Long Selapun...semoga sambutan Hari Krismas pada masa-masa akan datang lebih meriah..Ingat!!!Abi burak pun abi eok..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan