Selasa, 26 Mac 2013

Ubeng(hantu) yang Popular di Kalangan Orang-Orang Sebob

         Dalam kalangan masyarakat Sebob,terdapat beberapa jenis-jenis hantu yang amat ditakuti.Kewujudan hantu-hantu memang agak terkenal di kampung ini sejak dahulu kala.Namun,pada masa sekarang jarang sekali mendengar cerita-cerita beralkisahkan hantu-hantu ini.Berikut adalah jenis-jenis hantu yang saya maksudkan.


1.Ubeng Elo Utu

Hantu ini adalah antara yang paling terkenal kerana ia lebih agresif dan suka mengganggu kanak-kanak.Menurut orang-orang tua,Ubeng Elo Utu memang banyak terdapat di Long Selapun.Hal ini demikian kerana kampung ini menjadi tempat idaman hantu-hantu ini.Pernah juga mendengar cerita tentang hantu-hantu ini sering menganggu penduduk yang balik dari menangkap ikan pada waktu cawed (sekitar pukul 6 pm).Bagi sesiapa yang tidak mengenali hantu ini,bunyi hantu ini begini 'te'k-te'k elo utu dan ada kalanya ianya berbunyi seperti ayam.Cuba buat bunyi anak ayam,macam itulah bunyi si Ubeng Elo Utu ini.Selain itu,hantu ini dikatakan akan mencabut atau memakan 'biji' kaum lelaki terutamanya kanak-kanak..=DKesahihan cerita ini tidak dapat dijelaskan kerana setakat belum ada yang hilang 'biji' nya. Namun begitu,terdapat juga cerita mengatakan seorang bayi telah meninggal gara-gara hantu ini semasa sedang nyenyak tidur di buangan.Hal ini berlaku di kampung seberang iaitu Kampung Long Pala. Hantu ini memang digeruni ramai dan tidak boleh dibawa main-main. Beberapa tahun yang lalu,pada masa itu saya masih berumur 6 tahun,hantu-hantu dikatakan dihalau oleh seorang tua yang mempunyai ilmu.Orang tua memang agak berbakat dalam bab-bab begini.Pada masa kini,kisah hantu ini jarang diceritakan dan saya tidak berapa tahu kerana jauh dari kampung

2.Ubeng Jaka

Ubeng jaka adalah salah satu hantu yang agresif sekali kerana hantu ini boleh menganggu sehingga di tepi rumah.Hantu ini suka 'ketawa' dengan suaranya yang lantang seperti 'kakakaka' dan juga burung.Hantu ini memukul kayu,tangki ataupun buluh untuk mengeluarkan bunyi.Menurut cerita,hantu ini dikatakan muncul daripada jasad-jasad si mati yang sesat terutama mereka yang tidak dikuburkan dengan baik.Oleh yang demikian,mereka akan berkeliaran dan sering menganggu penduduk terutamanya pada waktu malam .Selain itu,terdapat juga cerita hantu lebih agresif dengan memakan hati manusia.Oleh itu,jikalau terdengar bunyi hantu ini baik cepat-cepat lari.Pada masa sekarang,hantu ini dikatakan masih ada lagi terutamanya di Long Mewah dimana didiami oleh salah seorang pakcik saya.Saya pernah tidur di rumah mereka,memang agak seram kerana malam-malam ada sahaja bunyi binatang bersertakan anjing menyalak.Siapa tidak seram kalau malam berterangkan lampu pelita sahaja dengan bunyi macam itu.Melainkan tidur mati,selamatlah malam anda.

3.Takang

Hantu ini pula dikatakan suka menyesatkan orang terutamanya orang yang pergi memburu.Selain itu,hantu ini dikatakan mempunyai sepasang kaki yang terbalik dan bersaiz kecil.Menurut cerita hantu ini lebih suka mengesatkan orang-orang yang pergi memburu seorang diri.Daripada apa yang saya dengar,hantu ini pernah mengesatkan seorang pakcik dimana beliau sesat semalaman.Menurut beliau,semasa disesatkan beliau seolah-oleh hilang akal dan sering lalu di tempat yang sama semasa mencari jalan pulang.Meskipun dah berapa tahun menjejak kaki tempat itu masih juga sesat.Hantu ini dikatakan boleh memanipulasikan mata kita dan menyebabkan kita sesat.Selain itu,lebih dahsyat lagi,terdapat juga seorang tua sesat mungkin dalam beberapa hari kalau tidak silap.Orang-orang kampung mencari beliau di seluruh kawasan kampung dan beliau dijumpai dalam lemah gemalai kerana tidak makan beberapa hari.Pada masa kini,hantu ini mungkin masih wujud dan terdapat beberapa tempat yang menjadi taman permainan mereka.

4.Agang

Hantu ini Under 18 punya hantu.Kenapa Under 18?Ini kerana hantu ini suka buat tayangan buntut beliau di atas batu.Di samping itu,hantu ini suka main terjun dari batu dan juga menyelam.Para pemancing terutama orang tua-tua selalu melihat kelibat hantu ini dulu-dulu.Hantu ini tidaklah bahaya tapi hantu tetap hantu.Siapa mahu tengok hantu ini,sila pergi pancing seorang diri. Selain itu,hantu ini juga dikatakan boleh menyamar menjadi binatang lain seperti rusa.Setakat ini,saya belum lagi terjumpa hantu ini walaupun sering kali memancing seorang diri.Kalau jumpa,boleh lah saya ajak beliau menyertai sukan olimpik dalam kategori renang dan juga acara terjun.=D

Setakat ini sahaja yang dapat diceritakan pasal-pasal hantu ini.Terdapat juga hantu-hantu lain tetapi saya tidak berapa kenal sangat dengan mereka.Saaya perlu buat sesi perkenalan dulu dengan hantu-hantu ini sebelum saya kongsikan di blog ini.=D

Sekian terima kasih.   

8 ulasan:

  1. pergh..rajin larh ko nie eddie..ahaha

    BalasPadam
  2. haahahahaha.takut la sy cmni tuk pg long selapun sn... :p

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well done Eddie. You should promote your people to the world so that everyone will open their view on this particular tribe. Even I myself don't even know until I went and served the people in the upper river of Tinjar. It is a remote place and I'm surely learnt something new that no one knows about Sebob and Long Selapun that is exists. You should do something with this in your blog. Please expose your ideas/experiences/old folks testimony/the do's and don't/Sebob culture etc in English, Malay language and best to do Sebob's language. Good luck with your blog.
      *****Don Malcolm******

      Padam
    2. TQ sir..but translate in different language need some time to publish.I will try my best..hehe

      Padam
  4. Well done eddie...post more n more

    BalasPadam