Isnin, 25 Mac 2013

Pantang Larang Sebob Dahulu

Terdapat beberapa pantang larang orang-orang sebob yang saya ketahui semasa kecil-kecil dahulu.Pantang larang ini sebenarnya menjadi kesedaran atau 'awareness'.Pantang larang ini juga ada antara nya lucu dan benar-benar berlaku dan pernah dialami sendiri oleh penulis.=P
Berikut serba sedikit pantang larang yang saya tahu..

1.Jangan bermain api pelita di waktu malam.

Sebabnya ialah takut semasa tidur akan kelihatan hantu-hantu monyet akan berkeliaran di bumbung rumah..hahaha Seingat saya,saya pernah nampak pertama kali mendengar nasihat ini..Mungkinkah hanya ilusi dan rasa takut yang melampau masa kecil-kecil dulu..=D Walau apapun,objektif sebenar kisah ini jangan bermain api nanti terbakar rumah.Bak kata pepatah,kecil-kecil jadi kawan,bila besar jadi lawan.

2.Jangan ke sungai sebaik sahaja bangun dari tidur ataupun selepas makan

Hal ini untuk mengelak daripada ditimpa malang seperti diburu oleh sang buaya.Menurut cerita,sang buaya akan menganggu malah boleh menyebabkan kematian.Selain itu,si buaya juga tidak senang duduk kalau hal ini berlaku.Oleh yang demikian,seseorang itu perlu duduk beberapa minit sebelum ke sungai.Walau pantang ini nampak tidak masuk akal,orang-orang tua memberi amaran keras tentang hal ini.Untuk lebih selamat,turut sahaja apa orang tua-tua cakap.Bah kata orang,orang tua lebih banyak makan garam.:D

3.Perihal memancing,jangan melangkah joran pancing

Pantang larang kadang-kadang masuk akal juga kerana saya pernah mengalami nya.Benar atau kebetulan?itu terpulang kepada anda.Joran pancing tidak boleh dilangkah sebab takut bele'eng dalam sebob..Bele'eng bermaksud dapat sial atau pancing tersebut tidak dapat ikan.Namun pada masa sekarang,amalan ini hany diamalkan oleh orang tua-tua.

4.Semasa 'kalut langit' ataupun semasa berkabung,amalan memberitahu si mati sebelum pergi memburu amatlah penting.

Hal ini pernah terjadi semasa kematian seorang warga kampung.Oleh kerana terlalu 'excited' sangat pergi memburu,kami pergi tanpa memberitahu si mati.Balasan,tidak ada seekor babi ataupun binatang dapat dibawa pulang.Binatang didepan mata boleh-boleh salah tembak.Mati kerja.Amalan ini tidak lagi diamalkan kerana penduduk menerima tuhan sebagai perencana hidup dan bukannya si mati.

5. Sebelum memburu ataupun memancing,elakkan bercakap besar.

Contoh nya sebelum memburu ataupun memancing,elakkan daripada bercakap tentang hasil yang bakal dibawa pulang.Hal ini bertujuan mengelak daripada sial ataupun pulang dengan tangan kosong.

6.Jangan makan dalam gelap,takut dipancing oleh hantu

Pantang larang ini agak lucu tetapi ianya adalah sebuah nasihat.Hal ini bertujuan untuk mengelak daripada termakan benda-benda yang boleh mencederakan semasa dalam keadaan gelap.Siapa tahu,tahi cicak pun boleh jatuh atas pinggan.=D

7.Sebelum tidur cuci kaki.

Hal ini demikian untuk mengelak daripada dibuai mimpi yang ngeri ataupun tidur sambil berjalan.Boleh dikatakan benar-benar berlaku kerana pernah mengalami mimpi buruk gara-gara mahu mencuba.=D Sebenarnya ini adalah nasihat supaya bersihkan kaki sebelum tidur.Takut nanti tempat tidur jadi padang pasir.

8.Dilarang untuk bersikap acuh x acuh ataupun tidak tetap pendirian.

Contoh,kalau hendak pergi memburu,seharusny harus pergi memburu tanpa menangguh-nangguhkan niatnya ataupun membatalkan terus niat untuk pergi memburu.Hal ini bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku terutama melibatkan nyawa.Pantang larang ini ada juga kebenaran nya.:)

9.Semasa memancing,jika anda tidak mendapat ikan dalam masa yang agak lama,sila beredar ke tempat lain.

Hal ini demikian,menurut orang-orang kampung tempat yang seperti itu berkemungkinan besar ada buaya.Oleh itu .ikan-ikan lari ke tempat lain.Pantang larang ini agak logik dan siapa tahu sang buaya sedang menanti.Peringatan,berhati-hati semasa memancing dan elakkan berbual ataupun bermulut celupar semasa berada atas air sungai.

10.Jangan menangis semasa berada di tebing atau alam sungai

Menurut orang-orang tua,tangisan itu akan didengari oleh sang buaya kerana menyangka tangisan itu daripada anaknya.Sejauh manakah persamaan bunyi anak buaya dengan tangisan manusia?Kalau hendak kepastian,sila buat eksperimen sendiri.Cuba menangis di tepi sungai,menunggu kemunculan si buaya.=D


Setakat ini sahaja pantang larang yang dapat dikongsikan,Sekiranya ada lagi pantang larang,saya akan kongsikan bersama.Ingat,ini adalah pantang orang dulu-dulu dan hanya sedikit sahaja yang masih diamalkan.
Sekian terima kasih.=)




5 ulasan:

  1. Waseh ada pantang larang kenyah Sebob. haha :D

    BalasPadam
  2. Bleh la pantang larang ne...hahahha...mngkn kes mcm ne kta xblh prcaya sngt la sbb dlu kta kcil msh bh so ada mksd lain yg dia nk smpai kn tp dgn cara yg begini la so kta ada gmbran dgn tu...p yg kalup langit tu mmg btul la..sy sebob jg..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...tapi d selapun mb xda dah amal y ni..:)msa dl mmg btul jg ni.bele'eng trus kena ni.:D

      Padam
    2. hehe..yg la..sy rsa suma pn tkut bnda ne dlu bh time kcil2 kn...klau ingt2 blik mmg lucu jga la ne.:)

      Padam