Long Selapun Sebob kembali lagi dengan cerita menarik!!!:D Pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman memburu di kampung.Tajuk pada kali ini mungkin ramai yang tidak faham iaitu 'Ngacuk'.Di kampung Long Selapun,ngacuk adalah salah satu aktiviti yang agak popular.Ngacuk ialah aktiviti memburu dengan menggunakan anjing.Motif utama pemburuan ini adalah memburu babi,rusa dan binatang-binatang yang lain sebagai sumber makanan dan juga menambah pendapatan hidup.Pemburuan menggunakan anjing melibatkan komunikasi yang cekap dengan anjing-anjing dan harus arif tentang selok- belok hutan.Alat yang digunakan dan dibawa ialah lembing,parang dan kalau yang tidak tahan nyamuk,bolehlah bawa 'cigup'.Cigup adalah sejenis rokok orang-orang tempatan dengan menggunakan daun pisang muda yang dikeringkan sebagai balutan rokok.Bagi menghalau pacat,digalakkan untuk memakan sireh dan selepas itu meludah ke atas pacat.Asap rokok juga boleh digunakan.Kalau dihutan,pacat memang ada dimana-mana terutama kawasan lembab.Pacat paling kuat menyedut darah ialah pacat yang berwarna berbelang kuning.
Berbalik kepada cerita sebenar,pengalaman memburu yang paling extreme pernah dilalui semasa berumur 8 tahun.Pada masa itu,musim cuti sekolah bermula.Untuk pemburuan pada kali ini disertai oleh bapa,pakcik dan dua orang sepupu dan saya sendiri.Kami membawa 10-13 ekor anjing untuk pemburuan kali ini.Pada pukul 6 pagi,kami telah bertolak ke ulu Sungai Paong iaitu di Long Pelawai.Maklumlah kalau di Sarawak,jam 6 pagi sudah terang-benderang.Kira-kira dalam sejam kemudian, kami pun sampai ke destinasi iaitu Long Temujik iaitu di hilir Long Pelawai.Pakcik dan seorang lagi sepupu mengetuai pemburuan untuk membawa anjing dari Long Temujik ke Long Pelawai. Manakala kami pula menunggu di muara sungai Long Pelawai.Sebelum ke Long Pelawai,kami merancang untuk menahan pancing di sepanjang tebing sungai Paong.Setelah selesai,kami menunggu di tepi sungai untuk menunggu dan mendengar kalau ada bunyi salakkan anjing.Selepas beberapa jam berlalu,kami bercadang untuk pancing yang ditahan tadi.Nasib kami agak baik kerana seekor tapah yang besar memakan umpan pancing.Ikan tapah tersebut sudah keletihan dan senang untuk diangkat ke dalam perahu.Beratnya berkemungkinan dalam lingkungan 20 kg dan setakat ini,ia adalah paling besar yang pernah saya lihat.
Setelah selesai mengambil pancing,kami pun ke Long Pelawai.Semasa tiba di Long Pelawai ikan melompat-lompat seolah-olah menyambut kedatangan kami.Kami mengikat perahu di pokok-pokok kayu yang berdekatan.Selepas selesai,kami memulakan langkah ke bahagian ulu sungai.Berbekalkan lembing dan parang,kami bergerak mengikut sungai dan melalui jalan pendek yang dibuat oleh pemburu terdahulu.Tidak sampai setengah jam perjalanan,bapa memberi isyarat untuk berhenti.Macam askar pula bapa ni.haha Setelah mendengar dengan teliti,dia mengarahkan untuk bersedia unutk berhadapan dengan binatang yang bakal dihadapi.Suara salakkan anjing semakin lama,semakin dekat.Jantung pula semakin berdegup kencang.Bapa bersedia dengan sebatang lembing untuk menghadapi binatang yang bakal muncul di hadapan kami.Secara tiba-tiba,seekor babi tersebut muncul di depan kami bertiga.Wow....saya terdiam dan terpaku melihat babi sebesar itu.Memang besar daripada babi biasa.Tanpa membuang masa,bapa terus melontar lembing yang ada dan terkena di bahagian rusuk babi tersebut.Namun begitu,babi tersebut tidak rebah sebaliknya terus berlari ke arah bukit.Setelah diperiksa,lembing tersebut tumpul dan hanya setengah daripada pisaunya menembusi badan babi tersebut.
Setelah babi itu sampai di tengah bukit,baharulah seekor anjing muncul dengan lidah terjelir keluar sambil menyalak.Inilah kali pertama saya melihat babi dikejar anjing secara langsung.haha Kami terus berlari ke hilir sungai untuk mengejar babi tersebut namun ia sudah hilang di sebalik bukit yang kehijauan.Tidak lama selepas itu,babi tersebut mengeluarkan bunyi giginya.Bagi pengetahuan anda semua,apabila babi mula mengeluarkan bunyi giginya,ia menandakan babi tersebut akan bertindak ganas.Saya diarahkan untuk memanjat pokok manakala sepupu pula menunggu di bawah.Maklumlah masa tu masih kecil dan hampir menangis kerana masa itu keadaan agak mencemaskan.=P Bunyi anjing semakin kuat menandakan anjing-anjing tersebut telah berkumpul bersama.Bapa meninggalkan saya dan sepupu di sungai dan dia terus mendaki bukit untuk mendekati babi tersebut.Pakcik dan sepupu yang membawa anjing tadi belum lagi tiba.Senapang patah pula di tangan mereka.Terpaksalah bapa bertarung dengan babi tersebut dengan sebatang lembing yang agak tumpul.
Beberapa minit kemudian,kedengaran suara bapa menjerit seperti dikejar oleh sesuatu.Keadaan menjadi cemas seketika.Di samping itu juga,kedengaran bunyi anjing menyerang kesakitan.Sesuatu telah terjadi di sebalik bukit itu.Yang pasti,mesti berkaitan dengan babi tersebut yang bertindak agresif.Selepas itu,keadaan menjadi senyap dan bunyi anjing tidak lagi kedengaran.Tidak lama selepas itu,muncul seekor anjing menurun bukit dengan perlahan.Oh tidak,anjing tersebut cedera parah dibahagian badannya kerana gigitan babi tersebut.Lukanya amat parah kerana kulitnya terkoyak dalam sejengkal begitu.Anjing-anjing lain juga turut muncul dan empat hingga enam daripada anjing-anjing itu cedera terkena gigi babi tersebut.Ada beberapa ekor lagi anjing masih lagi mengejar babi tersebut hingga ke muara sungai namun semuanya sia-sia kerana babi tersebut hilang dan tidak dapat dijejaki.Bapa pun turun dari bukit dengan seluarnya koyak-rabak seperti seluar rock. Dia pun menceritakan apa yang terjadi di atas bukit tadi.Babi tersebut bertindak agresif dengan menyerang anjing dan selepas itu meluru ke arahnya.Mujurlah semasa itu dia sempat mencapai dahan kayu untuk bergayut.Namun begitu,seluar jeansnya menjadi mangsa kerana semasa dia melompat,seluarnya terlondeh dan babi terus menggigit seluarnya.
Selepas itu,baharulah pakcik dan sepupu tadi muncul selepas semuanya berakhir.Semuanya telah terlambat dan kami pulang dengan seekor tapah sahaja.Seronok memang seronok tapi kalau dapat binatang lagi seronok.hoho Menurut pakcik,babi tersebut memang beberapa kali telah diburu namun tidak dapat ditumpaskan.Selain itu,babi itu juga dikatakan berpuaka kerana bertindak agresif dan sukar ditewaskan.Malah saiznya memang agak besar daripada babi biasa.Pernah ditembak tetapi tidak juga mati.Apabila dikejar anjing,babi tersebut akan melalui sungai untuk melepaskan diri.Beberapa tahun yang lepas,khabarnya babi tersebut telah berjaya ditumpaskan oleh orang-orang Penan.Walau bagaimanapun,pengalaman pertama ini terus menjadi inspirasi untuk hari-hari seterusnya untuk memburu menggunakan anjing.=P
Jangan lupa sila tick di column reaksi!!!:)
TQ.

terbaik pengalaman anda dihutan tambah2 hutan di Sarawak yg tebalnya 2 kali ganda negeri saya.
BalasPadam