Sebob adalah salah satu kaum yang terdapat di Sarawak dan tidak
diketahui umum di Malaysia mahupun Sarawak.Kaum Sebob adalah kaum yang pertama
kali menjejak kaki di kawasan Tinjar iaitu di kawasan Ulu Baram.Terdapat
beberapa kampung yang dihuni oleh kaum Sebob iaitu Long Selapun,Long
Loyang,Long Batan,Long Pejawai,Long Sobeng dan juga Long Pala.Populasi kaum
Sebob yang terbanyak ialah dari Kampung Long Loyang dan yang paling sedikit
ialah dari Long Pala.Untuk blog ini,saya akan lebih tertumpu kepada Sebob dari
Long Selapun kerana saya adalah salah seorang anak jati sebob yang berasal dari Long
Selapun.:)Pada asalnya,penduduk Long Selapun berasal dari Long Ta'a,Dapoi.Mereka
berhijrah dari Long Ta'a disebabkan oleh beberapa faktor.Antaranya ialah
disebabkan pembangunan.Oleh kerana jauh daripada pembangunan,penduduk sebob dari Long Ta'a
telah berhijrah ke kawasan hilir Sungai Tinjar.Sebilangan besar daripada
penduduk Long Ta'a telah berhijrah ke Long Loyang dan sebilangan kecil daripada
mereka menetap di Long Selapun.Nama Kampung Long Selapun dibuat sempena nama
sebatang sungai kecil yang berdekatan dengan kawasan kampung.Selain itu,ada
juga mitos yang mengatakan kampung Long Ta'a telah berpecah kerana bencana alam
iaitu banjir besar yang melanda kampung tersebut.Pada masa dahulu,kampung ini
telah dilanda banjir besar yang didatangi oleh sebatang kayu besar yang
melanggar rumah panjang di Long Ta'a.Kesahihan cerita ini masih belum jelas dan
perlu disahkan oleh orang-orang tua yang masih hidup.
Kampung Long Selapun pernah mengalami kebakaran yang dahsyat pada suatu ketika dahulu dimana kebakaran ini memusnahkan hampir kesemua pintu rumah dan harta benda penduduk.Punca kebakaran dikatakan berpunca daripada ubat nyamuk yang dipasang oleh sepasang suami isteri yang nyenyak tidur.Di samping itu,kebakaran ini telah menyebabkan penduduk berpecah-belah sekali lagi.Segelintir penduduk telah berhijrah ke seberang sungai dan kampung ini dinamakan Kampung Long Pala. Pada masa kini,jumlah populasi penduduk kampung Long Selapun boleh dianggarkan dalam sekitar 150-300 orang dan diketuai oleh ketua kampung iaitu Encik Bagok Usat. Namun begitu,ramai penduduk terutamanya golongan muda telah keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan di kawasan bandar dan juga kem pembalakan yang berdekatan.Mereka hanya akan pulang ke kampung pada masa-masa tertentu seperti musim perayaan terutamanya pada Hari Natal dan Tahun Baru.Selain itu,penduduk juga telah menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di peringkat awal di Sk Long Aton yang terletak di kawasan hilir sungai.Kebanyakan anak-anak kecil ini belajar berdikari dan tinggal di asrama di bawah jagaan pihak sekolah.Selang dua minggu sekali,mereka akan pulang kampung untuk bersama keluarga mereka. Punca pencarian penduduk yang menetap di kampung ialah bercucuk tanam,menanam padi huma,menangkap ikan dan memburu.Di samping itu,pencarian hasil hutan seperti 'cap pait',rebung(cam),daun ubi(da’un uvik),paku-pakis dan lain-lain amat penting sekali untuk menampung keperluan harian penduduk kampung .
Aktiviti menangkap ikan adalah aktiviti yang kerap dilakukan penduduk di sini kerana berdekatan dengan Sungai Tinjar yang bersih dan mempunyai pelbagai jenis ikan seperti kelah(Ayat),lampan(kacong),tapah(tabik),dan baung(aneng). Selain itu,para penduduk juga giat mengusahakan ladang sawit untuk menjana pendapatan pada masa datang. Namun begitu,pengusahaan ini masih lagi di peringkat awal.Jalan pengangkutan penduduk di kampung ini berteraskan jalan darat dan jalan sungai.Penduduk mengusahakan kelapa sawit di sekitar jalan darat(jalan kem) dan menggunakan perahu dan sampan di sungai.Untuk maklumat tambahan,penduduk di Long Selapun adalah beragama Kristian sama ada SIB dan juga Katolik. Mereka mempunyai sebuah gereja yang tersergam indah di tengah-tengah kampung ini dan dibimbing oleh seorang pastor iaitu Pastor Sarat.Buat masa ini,Kampung Long Selapun dalam proses pembangunan dimana kampung ini dibangun semula dengan membina semula rumah panjang.Rumah panjang yang lama dirobohkan untuk proses pembinaan rumah panjang yang baharu.Proses ini dijangka mengambil masa yang lama dan penduduk menetap di penempatan sementara ataupun dalam bahasa sebob dipanggil kele'kep.

Kele'kep ketua kampung
boleh tahan edie..haha
BalasPadamhaha xda kja tulis cerpen jak.
BalasPadamlast sy pegi kmpng ne msa hjung thun 2012...tu pun pergi bwt research ttg asal usul sebob ne..hehe..
BalasPadamblackheart,km ni mek ka?haha bgsla bt..jgn lupa publish dan share d blog ni k.
Padambkn lah...hehehe..blh bh klau kau..klau ada citer yg best2 psal kaum kta sy akn share jg la..tp mmg best pn suma cma xda topik dlu bwt msa ne..hehehe
Padamwow! :D bring me here!haaha
BalasPadamsaya dah ajak pun..dia y x sudi.=P
PadamEmperor Casino : Home - Shootercasino.com
BalasPadamGet a bonus of up 메리트카지노 to 제왕 카지노 €500 on the first deposit. 인카지노 No promo code needed. This offer lasts 24 hours. Valid for casinos, only; Mobile Casino,