Selasa, 26 Mac 2013

Asal-usul Orang-orang Sebob

         
Maklumat daripada Language of the World
Ethnologue

           Pada masa dahulu,masyarakat Sebob lebih dikenali sebagai orang Kenyah.Maklumlah, kad pengenalan orang-orang tua di kampung semuanya berbangsa Kenyah.Pada 80-an,baharulah bangsa Sebob digunakan dalam kad pengenalan orang-orang Sebob.Sebob merupakan salah satu suku kaum Kenyah dimana terdapat lagi suku-suku kenyah yang lain seperti Badeng dan Mengkulit.Dielek suku Kenyah ini berbeza mengikut suku masing-masing dan cuma ada sedikit persamaan.Persamaan yang ketara boleh dapat dilihat dengan kaum lain iaitu kaum Lirong yang asalnya dari Paong dan juga penduduk dari kaum Long Puah yang menetap di Sungai Lobang.Namun begitu,dielek menjadi faktor utama berbezanya kaum-kaum ini.Faktor-faktor utama yang menyebabkan dielek-dielek suku kaum ini berbeza berkemungkinan besar disebabkan oleh faktor persekitaran selepas penghijrahan.Terdapat juga sumber yang kaum Sebob berasal dari negara China kerana di China terdapat juga segelintir masyarakat Kenyah.Tambahan pula kebanyakan anak-anak muda Sebob berwajah seperti orang Cina.Pergi sahaja ke pasar,mesti ada kesilapan identiti.Namun begitu,maklumat ini tidak dapat digunakan pakai kerana kesahihan sumber ini masih belum jelas.

           Pada hakikatnya, kaum Sebob dikatakan berasal dari sempadan Indonesia di mana pada masa itu mereka dikenali sebagai masyarakat Kenyah.Pada masa itu,segelintir masyarakat Kenyah berhijrah ke kawasan Ulu Tinjar.Faktor penghijrahan berkemungkinan besar disebabkan oleh peperangan.Pada mulanya kaum Sebob lebih dikenali sebagai kaum Sebob Long Pekun dimana mereka mendiami Sungai Tinjar atau lebih dikenali sebagai Lemeteng oleh kaum Sebob.Mereka dipanggil sebagai Sebob Long Pekun kerana nenek moyang kaum Sebob berasal dari Long Pekun yang terletak di Sungai Luar,Usun Apau Plateau yang terletak di sempadan Indonesia.


Usun Apau Plateau yang terletak di sempadan Indonesia

          Populasi kaum Sebob pada masa itu boleh dianggar sekitar tidak melebihi seribu orang.Sebelum berhijrah,kaum Sebob dikatakan pernah menetap di Batang Utip,Menavan dimana kawasan in didiami oleh kaum-kaum lain seperti kaum Lirong dan Lepo Jingan.Kaum Lirong terlebih dahulu meninggalkan kedua-dua kaum ini untuk menetap di kawasan Dapui.Suku kaum Sebob kemudiannya berhijrah ke kawasan Dapui semasa ketibaan Raja Brooke di Sarawak.Hal ini berlaku kerana Raja Brooke bertindak untuk menyerang kaum-kaum di kawasan Menavan agar mereka berpindah kawasan hilir sungai.Hal ini demikian untuk memudahkan jangkaun kerajaan Brooke pada masa itu.Tama Balan Dieng(ketua kaum Sebob) telah memanggil semua orang-orang Sebob untuk berbincang sama ada mengisytiharkan perang ke atas Kerajaan Brooke.Hasil daripada perbincangan,kaum Sebob mengambil keputusan untuk menurut perintah Kerajaan Brooke kerana rasa kasihan dengan nasib kanak-kanak dan wanita pada masa itu.Kemudian,mereka berpindah kawasan hilir sungai dan akhirnya menetap di Tang Pelutan,Dapui.Suku kaum Lirong mengalukan kedatangan mereka ke kawasan Dapui dan hidup bersama-sama.Tidak lama selepas itu kaum Lirong sekali berpindah ke kawasan Paong(keta'u).Kemudiannya,Penghulu Sadimusak(Ketua orang Berawan) yang menetap di Tinjar telah datang dari Sungai Tinjar untuk menjalin hubungan yang baik dengan kaum Sebob dengan pertukaran hadiah dan saling menghormati antara satu sama lain.

        Kemudian,Penghulu Sadimusak memberitahu orang-orang Sebob untuk berjumpa dengan Raja  Putih(Brooke) untuk mengesahkan Dapui sebagai hak milik orang-orang Sebob.Oleh yang demikian,Tama Bulan membawa beberapa orang Sebob ke Marudi unutk berjumpa dengan Raja Putih.Raja Putih bersetuju untuk menyerahkan tanah Dapui kepada orang-orang Sebob dan sehingga kini tanah tersebut masih lagi menjadi hak milik kaum Sebob.Maka pada hari ini,tidak mustahillah kaum Sebob,Berawan dan Lirong mempunyai beberapa perkataan yang sama kerana sejarah kaum-kaum ini .Bukan itu sahaja,perkataan itu juga membawa maksud yang sama.Selepas itu,kaum Sebob berpindah lagi ke hilir sungai iaitu di Long Telangau.Mereka telah membina rumah panjang yang lebih baik di kawasan tersebut,namun begitu kebakaran telah menyebabkan mereka berpindah lagi ke ulu sungai Dapui iaitu di  Long Tebu.Saya pernah ke kawasan sini sekali semasa memburu dimana kampung ini terletak di sebuah lubuk yang agak besar.Suasana di situ sunyi dan meninggalkan pelbagai kenangan masyarakat Sebob.Selepas itu,mereka berpindah lagi ke Long Dulit,Long Ta'a dan seterusnya ke Pau Belieng.Di Pau Belieng,orang-orang Sebob mula memeluk agama Kristian (Katolik) yang disebarkan dari kawasan Baram.Tidak lama kemudian,mereka berhijrah lagi ke Long Burui dimana ini merupakan penempatan terakhir orang-orang Sebob di kawasan Dapui.Selepas lapan tahun,sebilangan besar orang-orang Sebob terpaksa berpindah lagi ke Long Loyang kerana menyangka kerajaan tidak melibatkan mereka dalam projek pembangunan.Namun begitu,segelintir masyarakat Sebob telah balik semula ke Long Ta'a yang kemudian berpindah ke Long Selapun.Begitulah ceritanya perjalanan kaum Sebob ke Sungai Tinjar dan kemudiannya berpecah kepada dua rumah panjang sebelum wujudnya sebuah lagi kampung Sebob yang dinamakan Kampung Long Pala.Sampai di sini sahaja yang dapat kongsikan untuk kali ini tentang asal-asul orang-orang Sebob.=)



Penduduk Kampung Long Burui dengan Tom Harrison April 1951 
Ketua kaum Tingang Upai duduk ditengah dengan topi Tebunyuk 


Sungai Dapui menjadi nadi kepada orang-orang Sebob dalam pelbagai faktor
Sebob Long Burui,Tinjar
April 1951 

Jalan air merupakan jalan utama perhubungan penduduk
Sebob Long Burui,Tinjar
April 1951 



Penduduk perlu menarik perahu sekiranya air berada di tahap yang amat cetek
Sebob Long Burui,Tinjar
April 1951 


Mengisi masa lapang dengan 'nyalit' laka (rotan) dan membuat jala


 Untuk kelihatan cantik,wanita-wanita sebob perlu menindik 
telinga dan juga tangan ditatukan seperti didalam gambar

Model-model Sebob Long Burui

Ata tepin pun jadik lok keh =D

Apo na'o' atau sagu menjadi sumber makanan yang amat penting
Makan Na'o dikatakan boleh memanjangkan umur




Fuhhhh....hampir seharian mencari maklumat asal-usul kaum Sebob..walau apapun,selamat mengenali suku SEBOB...=)

Sekian terima kasih.













8 ulasan:

  1. Interesting facts. Thanks for sharing. A good reference for Borneo Studies students like myself, especially on the ethnic tribes of Borneo. Looking forward to read more good articles by yourself :)

    BalasPadam
  2. Margrate bagok usat8 Ogos 2016 pada 8:24 PTG

    Proud to be sebob

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan penulis. ada gambar dari Dapui ka?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Semoga generasi baru yang kini dapat meneruskan lagi kegemilangan kaum sebob

    BalasPadam