'Cepa','nyepa' ataupun 'menyepa' adalah satu amalan makan 'arik'(daun sirih) berserta dengan 'iba'(pinang tua atau muda),'apo'(kapur)
dan 'cugik'(gambir) di dalam kalangan orang Sebob.Kesemua bahan-bahan untuk 'menyepa' boleh didapati dengan mudah kecuali 'cugik' dan 'apo'.Pada masa dahulu,amalan ‘nyepa’ adalah satu kebiasaan bagi
masyarakat Sebob.Amalan 'nyepa' telah diamalkan secara turun-temurun dan sehingga
sekarang masih ada lagi masyarakat Sebob yang 'menyepa'.Lazimnya,amalan 'menyepa' diamalkan semasa masa lapang,berbual-bual dan juga apabila masuk ke dalam hutan.Dengan menambahkan gambir
ke dalam daun sirih akan menghasilkan warna merah yang amat ketara dan memberi
lebih ‘kick’.Kepada orang yang tidak biasa ‘nyepa’,mereka akan rasa
kepeningan selepas beberapa minit menguyah 'cepa' lebih-lebih kalau dicampur dengan gambir.Manakala kepada yang sudah
biasa,mereka tidak merasa kesan-kesan seperti yang dialami mereka pertama kali
mencuba.Pada masa dahulu,iba ataupun pinang adalah gula-gula bagi kanak-kanak
yang berada di kampung.Maklumlah,gula-gula pada masa itu boleh dikatakan sukar
didapati kalau jauh di pedalaman.Sedap juga walaupun tidaklah semanis gula-.Namun begitu,orang tua akan melarang
kanak-kanak daripada menyepa dan juga makan iba.Apabila ada pengunjung ke kampung,mereka akan diberi 'sepa' untuk dimakan sambil berbual-bual.Akan tetapi,pada masa sekarang amalan 'menyepa' hanya diamalkan oleh sebilangan kecil oleh orang Sebob di Long Selapun.Kesan daripada menyepa ialah
gigi akan menjadi hitam dan bibir akan menjadi merah.Walaubagaimanapun,menyepa juga kebaikannya sendiri terutamanya ketika berada di hutan iaitu untuk membuang lintah yang sedang seronok
menghisap darah anda.Dengan meludah ke atas lintah tersebut,ia akan gugur dan boleh mengakibatkan lintah mati.
 |
Gambir biasa yang digunakan ialah cap burung |