Ahad, 31 Mac 2013

Ayat-ayat simple dalam Sebob



   Eok laah...panei Chebob itam padik...hahaha



Bahasa Sebob
Bahasa Malaysia
E’ok lenga?
Apa khabar?
Dian-dian ki’ik
Baik-baik sahaja


Ci ngaran ku?
Siapa nama kamu?
Ngaran ki.......
Nama saya........


Jin mah koh?
Dari mana kamu?
A’uk jin......
Saya dari.........


Epo koh kuman?
Sudah kamu makan?
Epo
Sudah


Ngai temah koh?
Pergi mana kamu?
Ngai.....
Pergi.....


E’ok netik ku?
Apa kamu buat?
Tik...........
Buat


Temah ata ku?
Dimankah kamu?
Ata.........
Di........


Ciran koh muli?
Bila kamu balik?
Auk muli............
Saya balik..............


Pukun kura epo?
Pukul berapakah sudah?
Pukun...
Pukul......


Temah koh belajan?
Dimana kamu belajar?
Ata........
Di............


Bi e’rah nah ka?
Ada orangkah di situ?
Bi @ Aibi
Ada @ Tak ada








































Nubun dalem Sebob...

1 = Jah
2= Duwah
3=Teluk
4=Pat
5=Lemah
6=Nem
7=Tuj'ek
8=A'yah
9=Pi’ah
10=Jijap

Jumaat, 29 Mac 2013

Ngacuk....

           Long Selapun Sebob kembali lagi dengan cerita menarik!!!:D Pada kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman memburu di kampung.Tajuk pada kali ini mungkin ramai yang tidak faham iaitu 'Ngacuk'.Di kampung Long Selapun,ngacuk adalah salah satu aktiviti yang agak popular.Ngacuk ialah aktiviti memburu dengan menggunakan anjing.Motif utama pemburuan ini adalah memburu babi,rusa dan binatang-binatang yang lain sebagai sumber makanan dan juga menambah pendapatan hidup.Pemburuan menggunakan anjing melibatkan komunikasi yang cekap dengan anjing-anjing dan harus arif tentang selok- belok hutan.Alat yang digunakan dan dibawa ialah lembing,parang dan kalau yang tidak tahan nyamuk,bolehlah bawa 'cigup'.Cigup adalah sejenis rokok orang-orang tempatan dengan menggunakan daun pisang muda yang dikeringkan sebagai balutan rokok.Bagi menghalau pacat,digalakkan untuk memakan sireh dan selepas itu meludah ke atas pacat.Asap rokok juga boleh digunakan.Kalau dihutan,pacat memang ada dimana-mana terutama kawasan lembab.Pacat paling kuat menyedut darah ialah pacat yang berwarna berbelang kuning.

         Berbalik kepada cerita sebenar,pengalaman memburu yang paling extreme pernah dilalui semasa berumur 8 tahun.Pada masa itu,musim cuti sekolah bermula.Untuk pemburuan pada kali ini disertai oleh bapa,pakcik dan dua orang sepupu dan saya sendiri.Kami membawa 10-13 ekor anjing untuk pemburuan kali ini.Pada pukul 6 pagi,kami telah bertolak ke ulu Sungai Paong iaitu di Long Pelawai.Maklumlah kalau di Sarawak,jam 6 pagi sudah terang-benderang.Kira-kira dalam sejam kemudian, kami pun sampai ke destinasi iaitu Long Temujik iaitu di hilir Long Pelawai.Pakcik dan seorang lagi sepupu mengetuai pemburuan untuk membawa anjing dari Long Temujik ke Long Pelawai. Manakala kami pula menunggu di muara sungai Long Pelawai.Sebelum ke Long Pelawai,kami merancang untuk menahan pancing di sepanjang tebing sungai Paong.Setelah selesai,kami menunggu di tepi sungai untuk menunggu dan mendengar kalau ada bunyi salakkan anjing.Selepas beberapa jam berlalu,kami bercadang untuk pancing yang ditahan tadi.Nasib kami agak baik kerana seekor tapah yang besar memakan umpan pancing.Ikan tapah tersebut sudah keletihan dan senang untuk diangkat ke dalam perahu.Beratnya berkemungkinan dalam lingkungan 20 kg dan setakat ini,ia adalah paling besar yang pernah saya lihat.

         Setelah selesai mengambil pancing,kami pun ke Long Pelawai.Semasa tiba di Long Pelawai ikan melompat-lompat seolah-olah menyambut kedatangan kami.Kami mengikat perahu di pokok-pokok kayu yang berdekatan.Selepas selesai,kami memulakan langkah ke bahagian ulu sungai.Berbekalkan lembing dan parang,kami bergerak mengikut sungai dan melalui jalan pendek yang dibuat oleh pemburu terdahulu.Tidak sampai setengah jam perjalanan,bapa memberi isyarat untuk berhenti.Macam askar pula bapa ni.haha Setelah mendengar dengan teliti,dia mengarahkan untuk bersedia unutk berhadapan dengan binatang yang bakal dihadapi.Suara salakkan anjing semakin lama,semakin dekat.Jantung pula semakin berdegup kencang.Bapa bersedia dengan sebatang lembing untuk menghadapi binatang yang bakal muncul di hadapan kami.Secara tiba-tiba,seekor babi tersebut muncul di depan kami bertiga.Wow....saya terdiam dan terpaku melihat babi sebesar itu.Memang besar daripada babi biasa.Tanpa membuang masa,bapa terus melontar lembing yang ada dan terkena di bahagian rusuk babi tersebut.Namun begitu,babi tersebut tidak rebah sebaliknya terus berlari ke arah bukit.Setelah diperiksa,lembing tersebut tumpul dan hanya setengah daripada pisaunya menembusi badan babi tersebut.

           Setelah babi itu sampai di tengah bukit,baharulah seekor anjing muncul dengan lidah terjelir keluar sambil menyalak.Inilah kali pertama saya melihat babi dikejar anjing secara langsung.haha Kami terus berlari ke hilir sungai untuk mengejar babi tersebut namun ia sudah hilang di sebalik bukit yang kehijauan.Tidak lama selepas itu,babi tersebut mengeluarkan bunyi giginya.Bagi pengetahuan anda semua,apabila babi mula mengeluarkan bunyi giginya,ia menandakan babi tersebut akan bertindak ganas.Saya diarahkan untuk memanjat pokok manakala sepupu pula menunggu di bawah.Maklumlah masa tu masih kecil dan hampir menangis kerana masa itu keadaan agak mencemaskan.=P Bunyi anjing semakin kuat menandakan anjing-anjing tersebut telah berkumpul bersama.Bapa meninggalkan saya dan sepupu di sungai dan dia terus mendaki bukit untuk mendekati babi tersebut.Pakcik dan sepupu yang membawa anjing tadi belum lagi tiba.Senapang patah pula di tangan  mereka.Terpaksalah bapa bertarung dengan babi tersebut dengan sebatang lembing yang agak tumpul.

         Beberapa minit kemudian,kedengaran suara bapa menjerit seperti dikejar oleh sesuatu.Keadaan menjadi cemas seketika.Di samping itu juga,kedengaran bunyi anjing menyerang kesakitan.Sesuatu telah terjadi di sebalik bukit itu.Yang pasti,mesti berkaitan dengan babi tersebut yang bertindak agresif.Selepas itu,keadaan menjadi senyap dan bunyi anjing tidak lagi kedengaran.Tidak lama selepas itu,muncul seekor anjing menurun bukit dengan perlahan.Oh tidak,anjing tersebut cedera parah dibahagian badannya kerana gigitan babi tersebut.Lukanya amat parah kerana kulitnya terkoyak dalam sejengkal begitu.Anjing-anjing lain juga turut muncul dan empat hingga enam daripada anjing-anjing itu cedera terkena gigi babi tersebut.Ada beberapa ekor lagi anjing masih lagi mengejar babi tersebut hingga ke muara sungai namun semuanya sia-sia kerana babi tersebut hilang dan tidak dapat dijejaki.Bapa pun turun dari bukit dengan seluarnya koyak-rabak seperti seluar rock. Dia pun menceritakan apa yang terjadi di atas bukit tadi.Babi tersebut bertindak agresif dengan menyerang anjing dan selepas itu meluru ke arahnya.Mujurlah semasa itu dia sempat mencapai dahan kayu untuk bergayut.Namun begitu,seluar jeansnya menjadi mangsa kerana semasa dia melompat,seluarnya terlondeh dan babi terus menggigit seluarnya.

        Selepas itu,baharulah pakcik dan sepupu tadi muncul selepas semuanya berakhir.Semuanya telah terlambat dan kami pulang dengan seekor tapah sahaja.Seronok memang seronok tapi kalau dapat binatang lagi seronok.hoho Menurut pakcik,babi tersebut memang beberapa kali telah diburu namun tidak dapat ditumpaskan.Selain itu,babi itu juga dikatakan berpuaka kerana bertindak agresif dan sukar ditewaskan.Malah saiznya memang agak besar daripada babi biasa.Pernah ditembak tetapi tidak juga mati.Apabila dikejar anjing,babi tersebut akan melalui sungai untuk melepaskan diri.Beberapa tahun yang lepas,khabarnya babi tersebut telah berjaya ditumpaskan oleh orang-orang Penan.Walau bagaimanapun,pengalaman pertama ini terus menjadi inspirasi untuk hari-hari seterusnya untuk memburu menggunakan anjing.=P

Jangan lupa sila tick di column reaksi!!!:)
TQ.





Tok'ed a.k.a cerpen :D

        Untuk post kali ini saya akan bercerita tentang cerita-cerita (cerpen) yang menjadi kepercayaan masyarakat Sebob pada masa dahulu.Ceritanya pendek tetapi agak menarik kerana ianya sama juga dengan pantang larang orang Sebob.Bagi pembaca sebob,sila share sekiranya anda tahu cerita-cerita yang lain.=)Pada kali ini,hanya dua cerita yang saya ingat pada masa-masa kecil dahulu.Selamat membaca....




           Saya yakin mesti anda tertanya-tanya kenapa saya memaparkan kedua-kedua buah di atas..Untuk maklumat anda,buah yang berwarna merah itu buah 'pelaw'ek' dalam Sebob iaitu buah belimbing hutan.Yang berwarna hitam pasti semua orang tahu iaitu buah 'kelamuk' dalam Sebob ataupun buah dabai.Sebab saya meletakkan gambar buah ini bukan sekadar untuk suka-suka.Ada tujuannya iaitu buah-buah ini tidak boleh diambil dalam masa yang sama ataupun diletakkan di tempat yang sama.Kenapa jadi begini?Maka tersebutlah alkisah tentang buah-buah ini dulu semasa mereka belum mencapai tahap 'kematangan' ataupun belum masak.Menurut cerita,kedua-dua buah ini telah bertengkar sesama mereka semasa masih 'kecil'.Si pelaw'ek mengejek yang si kelamuk ini semasa kecil ianya berwarna putih semasa kecil dan apabila besar warna nya lain menjadi warna hitam.Oleh itu,si kelamuk sangat marah dan akan membenci kerabat si pelaw'ek pada masa akan datang.Sekiranya kedua-dua buah ini diambil,dipungut atau diletak dalam bekas yang sama,maka gemuruh akan berdentum bersama-sama dengan kilat.Begitulah kisah kedua-dua buah ini..




           Cerita seterusnya mengisah si Bangat (babun) dan juga si Putak (ikan sebarau).Kisahnya bermula apabila si Bangat sedang bergayut di sebatang kayu yang terletak di tepi sungai bersama-sama anaknya.Manakala si Putak pula berenang di tepi tebing sungai untuk mencari makanan sehariannya. Semasa seronok bergayut di pokok itu,tiba-tiba anak si Bangat terlepas daripada dakapan ibunya lalu terjatuh ke dalam sungai.Tanpa membuang masa,si Putak terus memakan anak Bangat itu.Untuk pengetahuan anda,si Putak seekor ikan pemangsa yang ganas dimana ia memakan anak-anak ikan dan binatang-binatang kecil.Berbalik kepada cerita tadi,si Bangat pun sangat marah akan si Putak kerana memakan anaknya dan bertekad untuk membalas dendam terhadap suku-sakat si Putak.Tetapi sampai bilakah semua itu terbalas?Bangat kan takut air..=D Oleh yang demikian,sekali lagi perkara yang sama juga berlaku dengan kisah ini iaitu sekiranya kedua-dua binatang ini dibawa balik ke rumah pada masa yang sama,maka gemuruh akan berdentum dan kilat pancar memancar.Kisah ini pernah terjadi semasa saya kecil dimana kami terbawa hasil ini pada masa yang sama.Sejurus sampai di rumah,mula lah perkara yang di ceritakan itu berlaku.Guruh berdentum dan kilat pancar memancar serta hujan lebat.Setelah di'pucau' oleh orang-orang tua,maka keadaan menjadi normal semula.

Sampai disini sahaja coretan kali ini..kalau ada lagi kisah-kisah yang menarik pada masa akan datang,saya akan kongsikan bersama anda pada episod akan datang..Untuk makluman semua,kisah ini cuma cerita orang-orang dulu dan pada masa sekarang mungkin ramai yang tidak mempercayai cerita ini. Walau apapun,jumpa lagi..!!!

Jangan lupa bagi tick reaksi selepas membaca!!!:)

Rabu, 27 Mac 2013

Mari Belajar Bahasa Sebob

Pada hari ini,ada diantara anak-anak Sebob tidak tahu berbahasa Sebob kerana faktor-faktor tertentu seperti faktor persekitaran dimana mereka tidak menggunakan bahasa Sebob sejak dari kecil lagi.Namun begitu,tidak terlambat untuk anda untuk belajar bahasa Sebob.Bagi yang pandai berbahasa Sebob,anda digalakkan untuk membacanya juga,mana tahu ada kesilapan dan bolehlah kita sama-sama memperbaikinya.Untuk para pembaca lain,sekaranglah masanya untuk mengetahui bahasa Sebob siapa tahu anda ada kawan-kawan Sebob ataupun jodoh anda pada masa akan adalah orang-orang Sebob.hehe =P Mari belajar bahasa Sebob!!!

Kata ganti nama
Bahasa Sebob
Bahasa Malaysia
English
A’uk
saya
I
Ka’uk
Kamu
You
E’rah
mereka
They
E’tam
Kami
We
Kami luk
saya dan mereka
They and I
Keluk
Kamu orang
You people
koh
Awak
You
Ku
Kau
You
ki
Aku
me

Kata Tanya
Bahasa Sebob
Bahasa Malaysia
English
gu’eok
kenapa
why
gu’mah
mengapa
why
ci
siapa
Who
te’mah
dimana
Where
Ku’mah
bagaimana
How
kura
berapa
How many
e’ok
apa
What
ciran
bilakah
When
inah
itu
the
tuk
sini
here
nah
sana
there
etuk
ini
this

Kata kerja
Bahasa Sebob
Bahasa Malaysia
English
Macak
mandi
bath
kuman
makan
eat
pegen
tidur
sleep
mecak
masak
cook
moto
baring
lie down
mecan
lihat,tengok
look
mi’ak
bercakap
speak
nekuk
menjerit
scream
pa’nei,
berbahasa
speaking
da’ok
bunyi
sound
nga’o
bising
noisy
pi’ak
percakapan
conversation
belakau
berjalan
walking
ngaca
berlari
run
ke’lap
lari
run away
mucit
keluar
out
pac’ek
masuk
in
ubit
membongkok
bending
nyipak
sepak
kick
belunyi
bermain
Playing
tuwun
terjun
plunge
uduk
lompat
jump
A’uu
ya
yes
L’ek
tidak mahu
no
Aibi,abi
tidak ada
don’t have
Bi
ada
have
ngai
pergi
go
muli
balik
return
bato
macam
look like
medak
memukul
beat
ayu
pakai
use
amai
jangan
don’t
tik
buat
do
neh
lah
Is
melak
boring
Bore
ngenaut
berdengkur
snore
ngedungun
mengantuk
sleepy
lan
betul
right
calak
salah
wrong
nyurat
tulis
write
ngebaca
Baca
read
ngala
mewarna
coloring

Kata dasar
Bahasa Sebob
Bahasa Malaysia
English
gap
cantik
beautiful
meneng
jernih
clear
genin
sejuk
cold
pana
panas
hot
kala
warna
color
belitut
keruh
milky
belit’ek
kotor
dirty
uma
rumah
house
nawa
cerah
bright
beleci
bersih
clean
pukun
pukul
o’clock


Setakat ini sahajalah sesi pembelajaran pada hari ini.Banyak-banyak nanti,berbelit pula lidah belajar.=D Kalau ada masa,anda boleh gabungkan perkataan itu untuk menjadi satu ayat.=)

Sekian terima kasih.